Amalan  5S  merupakan  satu  kaedah  pengurusan  yang dipelopori oleh pihak  industri di  Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan  5S  bermatlamat mewujudkan  persekitaran  kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan  5S  yang  berkesan  dapat  meningkatkan  kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.