Pihak perpustakaan turut menyediakan lebih 50 unit komputer untuk kegunaan pengguna perpustakaan. Perkhidmatan yang terdapat di sini ialah melayari internet, mencetak, menaip tugasan dan mengimbas. Ianya disediakan kepada pengguna yang berdaftar dan menjadi ahli perpustakaan sahaja. Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini selama 1 jam sahaja setiap seorang namun pertambahan waktu dibenarkan sekiranya tiada permintaan dari pengunjung lain. Perkhidmatan ini hanya untuk tujuan ilmiah sahaja. Sebarang penyalahgunaan tidak dibenarkan.
• Setiap penggunaan dan tempoh had masa menggunakan komputer akan dikawal selia oleh sistem DCCS.
• Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem DCCS sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.