Ahli dan pelawat adalah dibenarkan membawa masuk beg kedalam perpustakaan namun peralatan seperti payung, bungkusan, topi keledar haruslah disimpan di bilik khas yang disediakan di hadapan pintu masuk perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan harta benda tersebut. Dengan itu, sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.

Pihak perpustakaan turut menyediakan Loker Berkunci untuk kegunaan pengguna perpustakaan, pengguna boleh mendapatkan kunci bagi loker berkenaan di Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.