Terdapat 2 Bilik Perbincangan yang disediakan untuk pengguna bagi kerja-kerja berkumpulan iaitu di Aras 2. Pengguna perlu membuat tempahan bilik di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi sebelum menggunakannya.

Peraturan Penggunaan Bilik Perbincangan:

  1. Terhad untuk 2 jam penggunaan sahaja. Pertambahan waktu dibenarkan sekiranya tiada permintaan dari pengunjung lain.
  2. Sekurang-kurangnya 4 orang pengguna di dalam bilik perbincangan tersebut.
  3. Penggunaan bilik ini adalah untuk tujuan perbincangan, perbentangan dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
  4. Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
  5. Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengunjung lain.
  6. Pengguna dilarang makan dan minum semasa di dalam bilik perbincangan.
  7. Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik perbincangan.
  8. Sila susun kembali meja dan kerusi dan pastikan tiada sampah dan barang persendirian telah dibawa keluar.
  9. Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.