Perkhidmatan Pakej Maklumat merupakan permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu bidang/tajuk/disiplin berdasarkan bidang teras yang ditawarkan di UiTM Cawangan Kedah bagi menyokong sistem pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Pengumpulan maklumat ini adalah daripada pelbagai sumber maklumat samada bercetak, media atau elektronik dan akan disediakan dalam bentuk senarai rujukan yang dipautkan kepada sumber maklumat tersebut. Ianya akan dipaparkan di Portal Perpustakaan Sultan Badlishah bagi rujukan semua pelajar dan pensyarah.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan untuk perkhidmatan ini boleh dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Pakej Maklumat

    • Muat turun Borang Permohonan Pakej Maklumat DISINI

    • Hantar permohonan ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. Permohonan akan diproses dalam masa sepuluh (10) hari bekerja.

3. Sila nyatakan topik penyelidikan / tajuk, kata kunci dan abstrak / sinopsis penyelidikan didalam borang permohonan (Tertakluk kepada terma dan syarat PnP).

4. Perkhidmatan ini adalah untuk semua ahli akademik, penyelidik, dan kakitangan pentadbiran UiTM Cawangan Kedah sahaja.

5. Permohonan yang telah lengkap diproses akan dihantar kepada pengguna melalui e-mel dengan segera.

6. Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA.

 

PAKEJ MAKLUMAT (Tarikh kemaskini: 07 Jun 2020)

1. Archive Management/Record Management [Vol.1][Vol.2]

2. Controlling process/Quality management in the public sectors [Vol.1][Vol.2]

3. Business Marketing/Business Meeting [Vol.1][Vol.2]

4. Library/Information Management [Vol.1][Vol.2]

5. Organization Environment and Behaviour [Vol.1][Vol.2]

6. Business Accounting [Vol.1][Vol.2]

7. Research Methodology

8. Strategic Management

9. Human Resources Management [Vol.1][Vol.2]

10. Public Relations

11. IR 4.0

12. Knowledge Management in Library [Vol.1][Vol.2]