Buku/bahan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan boleh diperolehi melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) ini bukan sahaja melalui perpustakaan-perpustakaan yang terdapat di Malaysia tetapi juga dari perpustakaan luar negara.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki mengisi borang Pinjaman Antara Perpustakaan yang boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

Pengguna akan dikenakan bayaran berdasarkan pada harga yang telah ditetapkan oleh institusi yang membekalkan bahan. Bagi permohonan melalui Ketua Jabatan, pembayaran diuruskan melalui kod jabatan.