Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan tempahan bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan buku ini boleh dilakukan melalui Web OPAC.

Buku yang telah ditempah boleh diambil di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi setelah bahan tersebut dipulangkan oleh pengguna sebelumnya. Sila kemukakan judul dan nombor panggilan bahan yang ditempah. Bahan-bahan yang telah ditempah ini akan disimpan di atas rak tempahan selama 7 hari sahaja.