Perpustakaan Sultan Badlishah menggunakan sistem WILS (Web Integrated Library System) sebagai sistem pengkomputerannya dan membolehkan pelanggan mengakses maklumat lengkap bahan perpustakaan melalui OPAC (Online Public Access Catalogue). OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1 dan 2 Perpustakaan Sultan Badlishah. Pelanggan juga boleh mengaksesnya melalui ‘Web OPAC’ di portal Perpustakaan Sultan Badlishah.