1. Koleksi Rak Terbuka:
Meliputi buku-buku daripada pelbagai bidang perkara yang boleh diakses secara terbuka dan dipinjam oleh ahli perpustakaan mengikut hak pinjaman masing-masing (mengikut kategori pelanggan) yang ditetapkan. Lokasi di aras 2 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna jingga.

2. Koleksi RUJUKAN:
Meliputi sumber-sumber rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, bibliografi, abstrak, direktori, indek, laporan, dan lain-lain. Bahan-bahan rujukan ini diletakan tanda ‘ruj’. Bahan dalam koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Lokasi koleksi ditempatkan di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna hijau.

3. Koleksi PERKHIDMATAN MAKLUMAT:
Menawarkan perkhidmatan rujukan, pinjaman buku rujukan terpilih, cakera padat, kaset, pita video, laporan tahunan, peta, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, prospektus, seminar, akhbar dan lain-lain dan juga penempatan Koleksi Kedah. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna merah.

4. Koleksi JURNAL DAN MAJALAH:
Menempatkan jurnal akademik, risalah, buletin dan majalah semasa serta berjilid. Koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja, lokasinya di aras 2.