Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada peringkat awalnya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan ini berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 dan pada tahun 2002 perpustakaan telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Intergrated Library Management Utilities). Seramai 750 orang pengguna dapat dimuatkan di perpustakaan ini pada satu-satu masa. Pada penghujung tahun 2002 perpustakaan ini telah dinamakan Perpustakaan Sultan Badlishah sempena nama ayahanda Baginda Sultan Kedah.